Read Koskenkorva by Amal Hamsan Syed Hafeez Ashraf Sahdan Acap Rahman Pyol Muhamad Online

koskenkorva

Berada di dalam bilik gelap. Termenung memerhatikan pusingan arah lawan jam kipas Panasonic yang tergantung kemas pada siling. Ditemani bunyi-bunyi unggas dan enjin kenderaan yang lalu lalang. Dan di dalam momen itu aku menyaksikan dosa-dosa silam. In HD....

Title : Koskenkorva
Author :
Rating :
ISBN : 9789671119778
Format Type : Paperback
Number of Pages : 163 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Koskenkorva Reviews

  • Khairul
    2018-09-22 13:23

    simple book. tak perlu risau kalau tak ada masa nak habiskan sekali gus. boleh baca bila-bila suka. aku tidaklah berapa menyukai kebanyakan isi di dalam buku ini, tapi yang menarik minat aku adalah kerana temanya pelbagai. seperti aku yang tak berapa gemarkan cerita cinta, atau cerita sedih yang penuh kata-kata cinta, ada disediakan cerita humor di dalam ini (contohnya cerita hang tuah dan hang jebat bermain facebook - hillarious!). ada juga cerita cinta yang ditulis dalam bentuk humor, juga menarik aku rasa. ada juga puisi, both in english & malay. buku ini memang lain daripada buku-buku tempatan lain yang aku pernah baca/lihat kerana pengisiannya yang cincai dan disusun secara misteri tanpa diberitahu nama penulis, tapi sebenarnya (hampir) cukup sempurna dengan pelbagai jenis variasi karya pendek, easy-read yang kalau tak suka, boleh terus alih muka surat lain tanpa rasa bersalah. dan sememangnya buku itu fungsinya adalah untuk dibaca, aku bagi 4 bintang untuk buku ini - kerana ia membuat kita rasa mahu membaca muka seterusnya, walaupun kita tak suka muka sebelumnya.

  • Ashraf Sahdan
    2018-09-24 16:14

    first sekali, ini bukanlah review, ini penjelasan! kahkahkahtajuk koskenkorva tu sebenarnya tak ada kaitan langsung jenama arak daripada finland itu. hanya sebuah perkataan random yang satu hari aku dengar dalam lagu Stratovarius (band rock dari Finland) bertajuk The Land Of Ice And Snow. Sebab perkataan tu macam sedap je nak sebut, maka aku pun pakai perkataan ni buat tajuk, tanpa mempedulikan penulis lain setuju ataupun tidak. kahkahkah.kedua, buku ni bukanlah bergenre punk sangat (seperti yang dihebahkan oleh karim the publisher). buku ini lebih kepada multi-genre, mixed literature art gitu laa. untuk buku yang lebih punk, tunggu sambungan dia nanti (kalau ada rezeki). kahkahkah

  • M. Azhaari Shah Sulaiman
    2018-09-22 14:35

    kumpulan antologi yang dikumpulkan di dalam buku ini kira okay la. Ceritanya ringkas tapi lurus kepada mesej yang ingin dibawa. Mixed literature yang membawa tema pelbagai, humor pun ada.Pendekatan terus menunjukkan penulis sekarang kurang berbahasa? Mungkin tidak. Kerana orang sekarang pun, memang ramai dengan sengaja buat buat tak faham bahasa.

  • Juliza
    2018-10-22 10:23

    (2.5 bintang)Ada tiga jenis pe-mabuk yang dihidangkan dalam buku ini dan mungkin kerana ketiga-tiganya hamba tidak pernah tahu (iyalah, selama ini paling sadis pun hamba cuma pernah merasai mabuk udara dan mabuk laut) atau mungkin juga hakikatnya Kahlua Coffee, Vesper Martini dan Koskenkorva itu nama umumnya tetap adalah arak, maka hamba tidak dapat membezakan dengan nyata tiga hidangan tersebut. Cara penulisan yang tidak banyak berbeza antara satu sama lain.1) The Kahlua CoffeeApa yang dapat hamba katakan kisah-kisah pendek di bahagian ini punya elemen sindiran, kelucuan dan kejutan yang disampaikan melalui plot yang pelbagai. Hamba suka kepelbagaian itu. Juga betapa sederhana dan minima ia 'digayakan'. :)2) The Vesper MartiniCerita pendeknya tidak terlalu menarik pada hamba tetapi hamba menyukai puisi-puisinya.Koyak satu kelopakDari sekuntum membugarDanSuap pada hatiYang dah hampir mati.(petikan puisi Bongkak; Koskenkorva; muka surat 86)2) The Koskenkorva Mungkin antara sejenis pe-mabuk yang paling strong kerana kebanyakan tulisan dari bahagian ini memang sukar difahami. Mungkin juga hamba bukan hipster untuk mengerti.Keseluruhannya buku ini memberi rasa sebiasanya, sekadarnya dan hamba anggap itu bagus untuk sesuatu yang dimulakan tanpa ekspektasi.p.s Sepotong ayat ini menarik hati hamba; "Kehilangan rasa, suku, separuh atau semuanya adalah hal yang tak penting untuk dikaji apa puncanya." Satu penyataan yang hamba ingin persetujui di waktu ini.

  • Barukisu (Balqis)
    2018-10-20 13:36

    Sampai habis baca buku ini pun aku masib belum pas menyebut Koskenkorva. Too many Ks with too many vowels. Ecewah! Anyway, mungkin kerana kulit buku ini semua hijau, sebab itu aku tertarik nak beli.Kedua, baca sinopsis pendek belakang dan intro depan - nampak menarik.Ketiga, apahal arak jadi tema? Walaupun tak pernah menyentuh air haram itu (InshaAllah, never!), buat aku nak tahu apa kes dengan buku ini.Pasal tulisan dari blog tapi bukan cerita pasal diri sdr sgt. Okaylah. Ada tulisan yang beri makna dan aku faham.Ada sekadar berkongsi rasa.Ada yang sumpah, aku tak faham langsung!Tapi habis baca lepas dua jam. Buku ringan-ringan untuk lari dari serabut hal duniawi.

  • Zetty Khairunisa
    2018-09-24 12:31

    Memang terasa macam minum koskenkorva dgn koktel alkoholik di sebuah bar dengan barista yang kacak. Ini koskenkorva halal. Kau baru teguk sekali,kau dah rasa bahagia. Habis satu gelas,mahu lagi. Memang mabuk,khayal dan ketagih. Kau nak pilih Vesper Martini atau Kahlua Coffee pun boleh. Dalam mabuk aku pun,cinta tak pernah jauh. Aku kuat kata aku. Ego tinggi tapi tiap kali aku rindu,separuh diri mati. Utk long distance relationship, aku bosan flashback kenangan, bosan ulang2 tanya khabar, satu je request aku, kita tak pernah gaduh kan,sayang? Jom gaduh!

  • Syazrul Aqram
    2018-09-25 13:17

    Buku untuk orang punk. Dan buku untuk orang yang tak boleh minum arak tapi nak feeling-feeling mcm minum arak dengan hanya membaca.Tak, tak. Sebenarnya buku ni fun.

  • Pie Mesnan
    2018-10-05 10:40

    Buku yg santai & best..tidak terlalu berat & mudah dihadam..semuanya menarik..seperti Koskenkorva juga..

  • Nik Muhammad syafiq
    2018-09-26 10:16

    Banyak maksud tersirat, ada straight forward. Sesuai untuk bacaan santai.

  • Cik Nadiah
    2018-10-09 12:41

    Part satu dgn part dua, ok. Masuk part tiga, guwa dah tak berapa paham sgt kebanyakkan puisi (?) dalam tu. Ape pun, buku ni menarik utk dibaca. Kalau tak menarik dibaca, buat ape beli. Ye dak?

  • Nazrul Noorzan
    2018-10-02 18:15

    Macam-macam genre boleh kau dapat dalam buku ni. Umpama kau makan ikan masak tiga rasa, beserta nasi putih dan sayur kailan ikan masin. enak bukan?