Read Gocoh by Wan Shafiq Online

gocoh

Jali mula terbuka mata setelah berkenalan dengan seorang penulis berbangsa Cina-Kristian bernama Adrianne. Perkenalan itu tentu sekali dipandang sinis oleh orang-orang kampung kerana Adrianne bukan seorang Islam. Di situ, ibadah solat dititikberatkan tetapi sikap penduduk masih bermasam muka, bertaruh laga ayam, juga ada yang mengambil sihir bomoh pengasih. Mereka mengasinJali mula terbuka mata setelah berkenalan dengan seorang penulis berbangsa Cina-Kristian bernama Adrianne. Perkenalan itu tentu sekali dipandang sinis oleh orang-orang kampung kerana Adrianne bukan seorang Islam. Di situ, ibadah solat dititikberatkan tetapi sikap penduduk masih bermasam muka, bertaruh laga ayam, juga ada yang mengambil sihir bomoh pengasih. Mereka mengasingkan penggunaan surau mengikut pandangan politik dan semuanya kelihatan genting apabila Haji Bahar yang mula beralih surau dan tidak lagi berjemaah di surau Wan Ghani kerana salah faham. Pengasingan surau dan peraturan songkok-kopiah mula menimbulkan dua puak berbeza mengikut kefahama politik, dan akhirnya membawa kepada kewujudan dua agama Islam yang berbeza....

Title : Gocoh
Author :
Rating :
ISBN : 9789670591056
Format Type : Paperback
Number of Pages : 226 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Gocoh Reviews

  • Fairuspeng
    2018-10-01 12:22

    Cerita tentang ketegangan pegangan agama kerana berbeza fahaman politik dan kegiatan harian penduduk pedalaman yang agak sinis. Bercerita dengan baik tentang murahnya akhlak kerana mempertahankan fahaman politik. Benar ceritanya menggambarkan realiti yang buruk tentang masyarakat Melayu pedalaman yang sentiasa berperasangka negatif. Sarat dengan mesej.Cuma, sedikit saya akan terkilan kerana watak Jali, Zura dan Adrianne tidak cukup berani untuk menjadi 'Hero'. Indahnya jika gabungan ini berjaya menyelamatkan masyarakat yang murah nilainya.

  • Firdaus Abu Bakar
    2018-10-15 15:42

    kisah masyarakat yang beragama tapi sesat dalam pemahaman.kisah masyarakat yang prejudis bukan sahaja dengan agama lain, tetapi juga dengan saudara seagama sendiri.ini buku Lejen Press dan ini buku power.

  • Alin Sihite
    2018-10-12 18:37

    " Menghukum itu kerja Tuhan, bukan kerja manusia. "Sinis !Tentang perangai orang Melayu yang ibadahnya cuma solat. Selesai solat, dia dengan syaitan lebih kurang sama perangainya. Bagus buku ni.

  • Shaznie Mardhiah
    2018-10-06 11:35

    Best. Mengisahkan ttg realiti sikap & perangai masyarakat melayu yg sebenar. Ahli agama yg berpecah belah menuding jari sesama saudara seagama sbb kan pegangan politik yg berlainan. Melayu yg sikapnya cuma nak mencari salah org lain, Hingga lupa salah yg ada pada sendiri. Melayu yg racist & prejudis dgn penganut agama y lain.Melayu yg solat nya langsung tak tinggal tapi dgn jiran tak bertegur malah bermasam muka. Dan mcm2 lagi.Pendek kata nak kenal melayu, baca buku ni. Mungkin sikap sikap ini kita perlu ubah, untuk Melayu yang lebih baik pada masa depan.

  • Pie Mesnan
    2018-10-14 16:29

    sebuah kisah yang ketengahkan tipikal org Melayu yg ada prejudis dan berpuak2 walaupun seagama. byk ketengahkan permasalahan politik,sosial dan perpaduan. karya ni tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan,sesuai dibaca bila2 shj. yg menarik,dialek Kelantan digunakan dlm novel ni.Quote menarik : Menghukum Itu Kerja Tuhan, Bukan Kerja Manusia

  • Riesna Zasly
    2018-10-01 11:41

    karya yg memaparkan tema kemasyarakatan dalam bentuk yang amat jujur dan berani

  • Farhana Aziz
    2018-10-12 12:28

    Heh, karya yang penuh sindiran secara halus. Saya suka. Tetapi penceritaan yang agak meleret-leret. Boleh menimbulkan bibit-bibit kebosanan tika karya dibaca.

  • Abdullah Hussaini
    2018-10-21 11:38

    Antara buku Lejen yang sedap dan penting. Penulis berjaya memaparkan dengan baik perkara yang berlaku di negri pantai timur itu dan saya percaya ianya masih berlaku.suka denga bahasanya, perkembangab wataknya dan pengakhirannya dan naskah ini yang saya kecewanya, kaver dia kureng sikit.