Read Ulu Yam Di Liverpool 2 by Nazali Noor Online

ulu-yam-di-liverpool-2

Pernah lihat bagaimana seekor hamster berlari dalam gegelung sangkar besi? Betapa lajuya hamster itu berlari tetapi masih berada di titik yang sama, kan? Cuba renungi perjalanan hidup kita dengan denai hamster itu. Apakah kita masih terbelenggu di titik yang sama, tidak kira berapa kuat pun kita berusaha.YA! KITA MASIH DI TEMPAT YANG SAMA!Ironinya, kita rela terbelenggu dePernah lihat bagaimana seekor hamster berlari dalam gegelung sangkar besi? Betapa lajuya hamster itu berlari tetapi masih berada di titik yang sama, kan? Cuba renungi perjalanan hidup kita dengan denai hamster itu. Apakah kita masih terbelenggu di titik yang sama, tidak kira berapa kuat pun kita berusaha.YA! KITA MASIH DI TEMPAT YANG SAMA!Ironinya, kita rela terbelenggu dengan paradigma ini walau jauh di sudut hati, kita merintih pilu mengenang untung nasib diri yang masih di takuk lama. Kita tahu dan sedar;"... ALLAH tidak akan mengubah sesuatu nikmat uang dikurniakan-NYA kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." (Al-Anfal:53)Jadi, mengapa kita rela dibelenggu kehidupan sebegini?Di sinilah titik mula kita perlu berhijrah. Merubah paradigma menjadi insan yang lebih hebat dan keluar daripada kepompong kehidupan yang biasa. Percayalah, hijrah itu indah walau tidak mudah. Segala dugaan dan kepayahan dalam meniti denai hijrah, pasti ada balasannya.Hijrahlah... kerana setiap daripada kita berhak menikmati kehidupan yang lebih baik daripada semalam....

Title : Ulu Yam Di Liverpool 2
Author :
Rating :
ISBN : 9789831249680
Format Type : Hardcover
Number of Pages : 544 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Ulu Yam Di Liverpool 2 Reviews

  • Azizah
    2018-10-04 11:10

    TERUJAAAAAAAAAAAAAA!Nasib baik dua minggu lepas ada terperasaan post kawan di dada FB tentang buku kedua penulis ini. Dan KakChik terus klik dan klik untuk dapatkan edisi terhad. Kulit keras dan memang berbaloi-baloi bila dah ada dalam tangan dan siap bertandatangan dari encik penulis. Tapiiiii, boleh pulak KakChik delay baca sebab nak simpan untuk bacaan bulan Ramadhan. Ambil berkat tau!Secara dasarnya buku ini adalah kesinambungan dari buku pertama penulis, Ulu Yam Di Liverpool. Jika buku pertama dengan warna merah garang menjadi cover kulit tapi kali ini pula warna kuning yang mengambil tempat tapi masih lagi dengan layout yang hampir sama. Mungkin ini adalah salah satu identiti yang mahu diteruskan penulis dan penerbit. Walaupun terdapat kesinambungan antara buku pertama dan kedua tetapi jika pembaca terus membaca buku kedua ini, insya Allah tak akan 'hilang' tapi KakChik cadangkan bacalah buku pertama untuk lebih mengenali susur hijrah penulis dan keluarga.Secara umumnya buku kedua ini lebih banyak berkongsi sisi 'gelap' denai hijrah penulis dan keluarga. Walaupun dalam UYDL ada dinyatakan kesukaran tetapi manisnya telah menutup kepahitan tersebut. Tapi apabila membaca buku UYDL2 ini, mata lebih banyak berpasir dari bersinar cahaya. Sukarnya hijrah mereka yang merintang zon selesa. Pahitnya apabila rasa percaya diperdagang seperti yang tercoret dalam Bab 34: Percaya Yang Membawa Rebah. Aduh, sanggupkan mereka yang sudah dianggap saudara menikam dari belakang. Sakitttttt, tapi hijrah perlu diteruskan. Walaupun rasa geram terhadap Zamri dan Annur. Tapi itulah yang bernama manusia, tidak semua berhati putih. Sedih sangat bila menyesuri liku hijrah ini. Dan juga kisah Zeera yang kerek itu.Namun yang paling terkesan pada KakChik sudah pastilah perkara yang ada berkaitan dengan kita secara dekat,kan. Aduhaiiii, sudah pasti pedih rasa hati kalau tentang sesuatu yang bukan hak kita untuk ditentukan dapat atau tidak. Kenapa masyarakat kita masih tabu dengan perkara ini. Lakaran Bab 77 (muka surat 309-312) memang dekat dengan keluarga KakChik. Walaupun bukan kita yang diduga sebegini sudah pasti kita turut terasa pedihnya jika darah daging kita yang menghadapinya. Selanjutnya, kisah apresiasi yang dikongsi juga buat KakChik rasa, aduhaiiiiiiiiii, jauhnya kita dengan cara mereka yang kita kata kebaratan itu. Politik pejabat yang tidak pernah habis. Memang memualkan dan menjelikkan. Harapnya bos-bos yang membaca UYDL2 ini akan menemui jalan untuk merentas hijrah yang sudah lapuk ini.Walaupun begitu, kejayaan dan juga hijrah untuk 'Nikmat Hidup Dalam Memberi' memang memberi banyak kesedaran. Rasa yang menyerap, insya Allah dengan izin-Nya akan terus di hati. Istiqamah walaupun hanya untuk hijrah yang simple.Bab Bonus: penghargaan encik penulis buat isteri tercinta. Walaupun nampak ringkas tapi kerana setiap hijrah dan juga dugaan itu dibuat kerana niat dengan nama Allah, imbuhannya alhamdulillah sudah pasti rasa manis.Buat encik penulis, terima kasih untuk perkongsian ini. Naskhah ketiga dan seterusnya, insya Allah akan terus dinanti.

  • kuzzeen
    2018-10-17 10:16

    Biarpun tajuknya Ulu Yam Di Liverpool 2, namun (for me) naskah ini bukanlah sequel kepada UYDL. UYDL 2 ini lebih kepada perincian kepada bab-bab dalam ringkasan naskah pertama.Aku masih mempersoalkan bagaimana status di fb atau upload di blog boleh dijadikan naskah bercetak memandangkan bila diteliti, kesinambungan antara bab ke bab memang 'lari'. Mungkin itu cubaan pertama penulis untuk menaskahkan denai hidupnya yang penuh onak dan duri di Tanah Ratu.TAPI.... thumbs up untuk UYDL2. Naskah ini 'ditulis' dengan cermat dan teliti. Tiada persoalan bridging plot yang terputus antara satu bab ke satu bab biarpun pada dasarnya ia masih lagi coretan di blog penulis. Kelemahan di UYDL telah dibaikpulih pada UYDL2 walaupun masih ada lagi beberapa hal yang perlu diteliti semula. Dan aku pernah mempersoalkan mengenai perbezaan harga antara dua naskah ini. Kenaikan hampir 50% untuk naskah kedua. Dan setelah berjaya menyelam hingga ke dasar, intipati yang disuarakan... aku seikhlas hati angguk bersetuju dengan kos yang terpaksa dibayar.Tidak layak rasanya aku mereview naskah ini kerana aku masih terlalu mentah untuk mengenali naskah bukan berbentuk cereka. Hijrah Nazali Noor adalah travelog pertama buat aku. Mungkin kerana itu setelah berbulan-bulan mengeleknya ke hulu ke hilir, aku tetapkan hati untuk menghabiskannya dalam perjalanan dari Negeri Dua Jambatan ke Kota Dua Menara (?). Dan peluang keemasan di dalam bas adalah sesuatu yang terlalu besar untuk dipersiakan. Malah peluang menaiki bas itu sendiri sebenarnya diibaratkan seperti kanak-kanak yang disuakan sekotak coklat yang sah cop HALAL nya oleh JAKIM!Terlalu banyak yang boleh dijadikan teladan mahupun sempadan dalam UYDL2 ini. (For me) UYDL2 ini berintipatikan :i)Hubungan kekeluargaanii) Hubungan kemasyarakataniii) Hubungan makhluk dan PenciptaMungkin rencahnya sedikit 'pekat dan melekat' kerana ia ditulis oleh si penghijrah yang cuba lari dari norma peradaban yang menjadi akar umbi adat peradaban masyarakatnya.Dari Tanah Melayu ke Tanah Ratu... boleh bayangkan perbezaan kehidupan sosio-budaya-politik-ekonomi yang terpaksa diadaptasi ke dalam kehidupan si penghijrah yang memilih negara 4 musim itu.DAN... dengan tidak disangka-sangka, aku rupa-rupanya berkongsi status tanah halaman yang sama dengan penulis. Keluarga isteri penulis dan keluarga mertuaku.... berjiran rupa-rupanya!Jadi, bila diceritakan mengenai Kampung Setali, pekan kecil Selama Kedah/Perak atau Masjid Sungai Taka.... aku ; senyum bergaris-garis tentunya... :)

  • Faradilah
    2018-10-13 08:22

    Buku ini kesinambungan buku Ulu Yam Di Liverpool. Kita tak akan rasa lost kalau belum baca buku terawal, tapi kalau mahu mengenali penulisnya dengan lebih, bagus juga kalau baca kedua-duanya. (Khabarnya filem berdasarkan kisah penulis ini sedang diusahakan oleh Afdin Shauki)Hijrah ke negara asing bukanlah sesuatu yang mudah. Cabarannya besar kerana kita tidak lagi berada di zon selesa. Semuanya bermula dengan kosong. Kesenangan tidak dapat dikecap sekelip mata tanpa usaha yang gigih. Usaha pula perlu disertakan dengan tawakkal kerana kita tidak mahu imbuhan dunia semata-mata. Begitulah ceritanya. Perjalanan penulis sekeluarga yang penuh ranjau ini diceritakan dengan sangat mesra dengan mata dan hati bak kata Fynn; persis mbah menghikayat zaman Jepunnya. Tak sedar hati terusik dan mata berair melayan pengalaman yang dibentang dalam helaian-helaian kertas putih ini. Geram juga apabila menemui watak-watak seperti Zeera dan Cikgu Zul tetapi manusia... begitulah. Ada yang baik, ada yang pelik.Saya suka baca travelog jadi bab awal dalam buku ini adalah bab kegemaran saya. Yang lain-lainnya pun tak kurang menarik. Tetapi agak kecewa dengan bab bonus (hanya dalam edisi terhad). Bab ini adalah apresiasi penulis kepada isterinya yang merupakan antara insan paling penting dalam hidup. Sebagai seorang wanita, banyak yang boleh dipelajari daripada watak ini; kekuatannya, ketabahannya, kesabarannya dll. Hanya mungkin saya mengharapkan bab ini lebih panjang. Ini petanda penulisnya perlu menulis buku ke-3 agaknya :D

  • Shafaza Zara
    2018-09-28 10:16

    Akhirnya penantian mendapatkan naskah kulit keras UYDL2 berbaloi. Siap tempah awal supaya tidak terlepas edisi bertandatangan. UYDL1 dulu juga naskah terhad (berkulit keras).UYDL2 --- membawa kepada dimensi baru penghijrahan Bang Naz dan Kak Ain serta keluarga mereka. Banyak pengisian yang dipaparkan lebih bersifat kemanusiaan, yang membuatkan pembaca beliau berfikir bahawa sifat percaya kepada rakan-rakan, sahabat handai acapkali perlu berpada-pada kerana kita mungkin gagal menilai baik budi orang walaupun kita sentiasa mahu husnuszon. Berhati-hati ketika berurusan demi mengelakkan kesakitan di kemudian hari. Pengajaran yang sangat baik.Di samping itu, Bang Naz tidak gagal untuk membuatkan mata pembacanya berhabuk (alasan sebab nak tutup hakikat hampir menangis) - apabila isi penceritaan pengalaman melibatkan keluarga. Aku sendiri manusia yang sangat rapuh bila berbicara tentang keluarga, tentang Mak Abah aku dan apabila Bang Naz mengangkat cerita Allahyarham bapa dan bonda beliau, aku cepat sangat kalah dengan pengalaman sebegitu. Buatkan aku lebih menghargai Mak Abah yang berada jauh dan sanggup melepaskan aku pergi mencuba nasib (memulakan kehidupan baru) sebagai isteri di samping suami.Yang paling penting, naskah aku ada bab bonus tentang Kak AIN. Hoyeah!Bagi pembeli naskah umum, tidak terdapat bahagian ini ya? :DPenceritaan tentang Kak Ain membuatkan aku bersemangat untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang baik seperti beliau. Melihatkan raut wajah beliau, membuatkan aku teringatkan bonda di kampung. Badan sebegitu kecil, bekerja sepenuh masa, tetapi mampu membesarkan kami adik beradik seramai 6 orang. Dalam masa yang sama, Kak Ain membesarkan anak-anaknya seramai 5 orang, di perantauan dengan menempuh pelbagai dugaan serta tabah. Dengan cerita beliau melahirkan anak dengan kesemuanya pembedahan - Ya Allah, hebatnya pada pendapat aku.Apa pun, dalam macam-macam cerita dalam edisi kali ini, aku memang tabik hormat pada orang yang mampu berhijrah dan dalam masa yang sama, mampu memberikan banyak kebajikan kepada masyarakat.Terima kasih Bang Naz.Atas naskah yang memberikan semangat kepada pembaca.

  • Aina Dayana Hilmi
    2018-09-22 11:12

    Bismillahirrahmanirrahim. Hijrah menuntut pengorbanan yang besar. Wang, pangkat yang dimiliki, harta dan keluarga.UYDL 2 mengisahkan sisi pahit hijrah mereka ke Liverpool. Bertemu pelbagai ragam manusia khususnya bangsa Melayu. "Typical Melayu". Hasad dengki dan suka menabur fitnah. Allah. Semoga kita semua dijauhkan dari dua sifat ini.Apabila kita membantu orang, lakukanlah dengan ikhlas. Bayangkan kita berada dalam keadaan kesusahan seperti orang yang meminta pertolongan itu. Besar ganjarannya jika membantu saudara yang berada dalam kesusahan, bukan?Adakala terdetik juga, apabila penulis bercerita mengenai insan-insan yang berbuat khianat kepadanya di dalam buku ini, saya terbayang keadaan di Padang Mahsyar nanti. Amalan kita ditayang semula di hadapan semua umat manusia dan buku amalan kita ditimbang. Huhu.. berbalik kepada penulis, cerita ini dinukilkan dalam buku. Pembacanya ribuan orang. Tidakkah pelakunya berasa malu? Sebab itu berbuat baiklah dengan ikhlas, jangan disulam dengan penghinaan, umpat keji dan ungkit-mengungkit. (Haih.. mood tension pula saya bila baca bab tersebut)Tapi seronok membaca dengan kebaikan insan-insan di sekeliling penulis sekeluarga. Alhamdulillah.Memang kehidupan kita penuh warna-warni. Tawakkal kepada Allah sangat penting. Jika kita benar, beranilah mempertahankannya. Jika kita salah, tidak mengapa mengaku salah dan meminta maaf.Saya belajar banyak perkara dari penulis sekeluarga. Ikhlas membantu orang, sangat baik dan hormat kepada ibu ayah, mendidik anak-anak dengan kasih sayang, membuat kerja bersungguh-sungguh, ikhlas mengajar anak didik dan setia dalam persahabatan. Semoga Allah memberkati.

  • Shah Abdullah
    2018-09-21 11:36

    Banyak perkara yang boleh dijadikan renungan khususnya berkenaan sikap manusia yang lupakan diri dan nilai-nilai negatif lain yang sebenarnya tidak membantu kemajuan sesebuah bangsa. Namun, amat kagum dengan semangat dan jati diri penulis dalam mendepani tohmahan dan rintangan yang dihadapi sepanjang masa di UK. Sebuah bacaaan yang baik juga terutamanya dalam menimba serba sedikit kelebihan/kekurangan di tempat orang yang agak berbeza dengan kehidupan di tanah air sendiri. Mana yang baik jadikan sebagai teladan, sebaliknya sebagai pengajaran

  • Sooraya Evans
    2018-09-21 09:15

    Not as magical as the first.But still an excellent read.Hope there's another one.

  • Sharulnizam Mohamed Yusof
    2018-09-22 10:09

    Baik. Habis membaca buku ini dalam tempoh kurang dari 24 jam! Pencapaian terbaik buat masa ini.Kenapa? Kenapa begitu teruja?Pertama, kerana buku yang pertama sudah menginspirasi. Jadi sangat teruja bila buku yang kedua sudah berada dalam genggaman. Mahu tahu lanjutan kisah "orang ulu" ini.Kedua, pembahagian topik yang "mesra alam". Aku suka bila setiap tajuk (dalam setiap bab) hanya memerlukan empat muka surat yang paling maksima. Ok.Penceritaan kali ini ada juga ulangan UYDL 1, tetapi mungkin lebih terperinci. Kisah tikam belakang, "budaya melayu" itu sangat menjengkelkan. Payah betul orang kita mahu bersatu. Meluat. Dugaan dan "survival" Puan Ain sangat memberikan kesan. Kasih sayang Tuan Nazali dengan anak-anak, ibu bapa, adik beradik dan rakan-rakan diluah tanpa segan, tanpa sempadan. Keluar dari "norma" orang Melayu. Bukan perkara buruk, malah patut dicontohi. Doakan aku ada kekuatan untuk membudayakan kemesraan ini dalam keluarga!Oh! Ada "cela"nya juga buku UYDL 2 ini. Maaf ya tuan, saya tidak tahu pun buku ini adalah catatan blog. Dalam UYDL 1 saya sudah mengagak, tapi masih kurang pasti. Bila membaca UYDL 2, sudah terang lagi bersuluh. Jadi, apa celanya? Ehehehe! Ada entri yang mahu menceritakan perihal gambar, tetapi gambarnya tiada. Ada pula entri menyediakan pautan, tapi siapalah yang rajin untuk menaip semula? Belum dikira lagi faktor rabun. Mungkin tuan boleh mengambilkira penggunaan "QR barcode", sekurang-kurangnya boleh mengurangkan kesilapan menaip. Kalau cara sekarang, satu huruf yang salah, habis kena teliti semua satu persatu!Itu sahaja.Saya tunggu The Movienya, atau UYDL3, atau Anak-anak Abah (AAA). Yang mana-manalah, saya pasti beli!Teruskan menginspirasi, tuan!

  • Azmir Ismail
    2018-10-07 08:18

    Buku ini adalah pelengkap kepada sesiapa yang telah membaca Ulu Yam Di Liverpool 1 (UYDL). Walaupun ia boleh dibaca tersendiri tanpa buku pertama UUDL, ia lebih manis dan bermakna setelah anda membaca buku pertama. Yang seronok dalam buku kedua ini adalah kisah-kisah kehidupan di Liverpool penulis khususnya pada peringkat awal. Juga, pengalaman beliau sebagai 'penghulu' Liverpool dahulu. Kisah Ain adalah penambah perisa buku ini, di mana peranan penting beliau dalam kejayaan keluarga penulis di perantauan, dihuraikan, sehingga pembaca faham begitu pentingnya Ain dalam kehidupan penulis.

  • Fikrib
    2018-09-20 04:20

    Buku kedua ini lebih baik berbanding UYDL1.Tahniah kpd penulis mampu menghasilkan travelog ini.Bukan mudah untuk hijrah,lebih-lebih lagi dibumi asing berlainan budaya."hujan emas di negeri orang..." saya rasakan lebih baik berada disana.Hijrah itu manis.

  • Baniza
    2018-09-18 09:34

    Muhasabah diri mengenangkan pengalaman manis dan pahit penulis selama merantau di bumi ratu. Sifat manusia yang saling menjatuhkan orang lain tidak memberi manfaat malah sifat ini hanya merugikan diri sendiri. Melayu Oh Melayu!

  • Shahkang
    2018-10-05 04:23

    Kisah berkenaan permulaan hidup di luar negara. Mengujakan.

  • Athirah Abdullah
    2018-10-06 08:21

    Banyak informasi yang berulang-ulang.

  • Ummi Hani Abu Hassan
    2018-09-22 08:07

    mengajar saya makna 'berhati-hati' tinggal di luar negara :)))

  • Afif Area
    2018-09-25 05:26

    Naskah yang mampu mengorak benak pemikiran untuk mencorak sahsiah insani.

  • Hariz Said
    2018-10-03 07:15

    Buku karya Dr Nazali Noor kedua menceritakan pengalaman beliau di Liverpool. Buku ini mempunyai keasliannya dari segi menceritakan pengalamannya dan masyarakat Melayu di Liverpool. Sebagai pelajar Melayu Liverpool yang kenal Dr Nazali secara rapat, saya sangat bangga beliau sanggup berkongsi ceritanya. Watak-watak dalam buku tersebut saya sangat mengenali mereka dan saya rasa senang untuk memahami apa yang dilalui oleh Dr Nazali. Dr Nazali mengkongsikan saat -saat kegembiraannya dan kedukaannya bagi menjadikan pengajaran kepada kita semua. Melalui pembacaan saya, saya telah mempelajari lebih mengenai beliau dan rasa teruja dengan sikap positif beliau. Walau bagaimanapun, cerita antara bab kurang berkait serta tidak berkronologi menyebabakan impaknya berkurang. Secara keseluruhannya, saya merasakan ini merupakan travelog yang baik dan berinspirasi. Tiga bintang

  • Nazali Noor
    2018-10-07 08:34