Read Orkes Masyarakat Manusiawi by Maszlee Malik Online

orkes-masyarakat-manusiawi

Di Malaysia dewasa ini, suasana mempergunakan agama untuk melarikan rakyat dari isu sebenar semakin ketara. Di satu sudut terdapat pihak yang oportunis untuk mengekalkan kekuasaan dan korupsi mereka dengan membangkitkan isu berkaitan sentimen agama. Golongan ini cuba mewujudkan sinonim bahawa mempertahankan agama adalah selari dengan agenda mengekalkan kekuasaan mereka. MeDi Malaysia dewasa ini, suasana mempergunakan agama untuk melarikan rakyat dari isu sebenar semakin ketara. Di satu sudut terdapat pihak yang oportunis untuk mengekalkan kekuasaan dan korupsi mereka dengan membangkitkan isu berkaitan sentimen agama. Golongan ini cuba mewujudkan sinonim bahawa mempertahankan agama adalah selari dengan agenda mengekalkan kekuasaan mereka. Mempertahankan agama pula ditonjolkan di dalam kerangka isu-isu sensitif melibatkan perkauman dan juga keagamaan. Mempertahankan agama menurut pentafsiran mereka adalah dengan meletakkan golongan berkepentingan ini di tempat yang tinggi dan kemudiannya mereka bebas melakukan korupsi, rasuah, memperbanyakkan aktiviti maksiat, tetapi di dalam masa yang sama menafikan hak-hak penganut agama lain...

Title : Orkes Masyarakat Manusiawi
Author :
Rating :
ISBN : 9789672011002
Format Type : Paperback
Number of Pages : 220 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Orkes Masyarakat Manusiawi Reviews

  • Naim AlKalantani
    2019-06-08 16:39

    Isu yang dibangkitkan adalah merupakan isu-isu yang sering disentuh oleh penulis sendiri ketika berada dalam forum atau ceramah. Sesiapa yang mendengar cerahamnya atau memang follow beliau, memang isu syang sama diutarakan. Buku ini adalah manifestasi terhadap apa yang berlaku dalam dunia sosio-politik Malaysia. Isu-isunya ditulis secara terang dan terus kepada point.Tema buku ini boleh disimpulakan dengan; Islam itu progresif dan tidak rigid dan statik, manusia tu diberikan kebebasan untuk memilih dan tidak terkongkong dalam satu modul sahaja.Teringat kata Wan Ji Wan Hussin “Apabila kita menggunakan nama Islam, timbul pula isu siapa lebih Islam (antara dua pihak yang bersaing). Masa banyak dihabiskan untuk berbalah tentang itu, bukan tentang memberi kebaikan kepada masyarakat,”

  • M. Azhaari Shah Sulaiman
    2019-06-13 20:38

    Orkes Masyarakat Manusiawi cuba membawa pembaca untuk melihat islam yang bukan sekadar mengenai hukum hakam tetapi secara syumul. Fiqh Muwatanah yang seharusnya diketengahkan dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama diberikan penjelasan yang mendalam dalam buku ini. Ilmuwan seperti Dr. Siddiq Fadzil dan Ustaz Muhammad Nur Manuty adalah antara Tokoh yang selalu mengetengahkan mengenai Fiqh Muwatanah ini. Teguran juga diajukan kepada ulama sebagai pemimpin yang terlalu ditaksubkan sehingga langsung tidak boleh dikritik, sedangkan Khalifah Umar Al Khattab juga bebas dikritik dan membuka ruang bagi proses kritikan berlaku. Juga disentuh mengenai para asatizah yang kurang 'Manusiawi ' yang kerja nya hanya berucap, mendikte tetapi gagal memimpin masyarakat dalam konteks kehidupan seharian. Kesimpulannya buku ini mudah difahami dan tentunya sesuai dibaca oleh orang awam.

  • Ahmad Hazazi
    2019-06-01 22:53

    Maszlee Malik seorang figura agamawan di Malaysia yang menongkah arus pemikiran konservatif dan ortodoks dengan membawa wacana baru dan segar dalam beragama. Orkes Masyarakat Manusiawi sebuah buku yang bersifat separa akademik ini memaparkan pandangan beliau dalam pelbagai isu. Dikupas dengan gaya bahasa yang sederhana dan mudah untuk dicerna isinya. Disusun seperti kitab turath yang mengandungi bahagian-bahagian atau fasal dan mengikut tema tertentu. Menariknya penulis tidak dogmatik terhadap beragama malah memaparkan beberapa kritikan tajam terhadap sebahagian golongan agamawan yang hanya hidup dengan kitab tanpa turun padang melihat realiti masyarakat setempat. Juga, membawa wacana agama keluar dari matra hukum - hakam semata. Cara berfikir dalam beragama ditonjolkam dengan membawa hujah-hujah agama dari sudut yang bersifat insani dan anjal.Penulis juga mencadangkan dan mengetengahkan semula wacana dari pandangan para sarjana klasik dan kontemprari seperti Muhammad Abu Zahrah, Yusuf Qaradhawi, al Kawakibi, Jasser Auda, Ibn Ashur, Ibn Taymiyyah dll. dalam membawa ijtihad baru dalam berpolitik dengan melihat teks dan konteks semasa, sebagai contoh dalam memperkenalkan fiqh muwatanah (kewarganegaraan) dan kesesuaiannya dengan konteks Malaysia. Ada juga kritikan penulis terhadap gerakan Islam dan pemimpin gerakan Islam yang menggelarkan diri mereka "ulama".Selain itu ada beberapa kesilapan teknikal yang saya fikir ianya berlaku semasa proses penyuntingan.Sebagai kesimpulan buku ini amat berbaloi untuk dihadam dengan kritis.

  • SharinaMS
    2019-06-07 16:42

    Banyak input baru yang saya dpt menarik untuk di kaji dalam bacaan lanjut. Saya sukakan penulis yang menghuraikan bagaimana maqasid syariah yang sepatutnya menjadi Kompas dalam mengeluarkan ijtihad politik, serta beberapa contoh rujukan yang disertakan penulis. Ijtihad politik yang berasaskan maqasid syariah juga mesti mempunyai nilai manusiawi, warga/rakyat centric dan bukan leader centric. Prinsip ucapan Abu Bakar & Umar yang minta di betul kan jika salah dan ditaati jika benar, bukan lah kerana romantism atau ketaksuban ke atas batang tubuh mereka sbg pemimpin, tetapi sebenarnya kerana mengelakkan mudharat ke atas rakyat akibat kesalahan yang mereka lakukan jika tidak ditegur/dibetulkan. Sahifah Madinah yang di gunakan di Madinah menjadi 'perlembagaan' buat rakyat Madinah yang berbilang kaum, kabilah dan agama. Dalam masyarakat madinah, mujahirin (pendatang), dilayan dan diberi hak & tanggungjawab yang sama dengan ansar (penduduk awal/asal). Bagaimana Malaysia boleh mengambil pengajaran dalam aspek ini?Diversity in Unity juga dihurai dengan baik, disertakan juga contoh dan rujukan (Sahifah Madinah) Saya nak cari buku Umm Qura karya Kawkabi yang di sebut2 dalam buku ini. Awal nya saya anggap ia buku falsafah politik. Rupanya ia adalah buku fiksyen! Harapan saya ia hebat seperti Animal Farm.

  • Nabilah Firdaus
    2019-06-10 19:01

    3.8/5 untuk Orkes Masyarakat Manusiawi tulisan Dr Maszlee Malik.Buku ini sesuai untuk 'beginner' yang mahu mula berjinak jinak dengan konsep Islam yang lebih meluas, konsep Islam yang selari dengan Islam sebagai rahmat bagi sekalian alam.Penceritaan dari setiap bab boleh dikatakan komprehensif walaupun tidak terlalu mendalam. Suka bagaimana si penulis mengaitkan satu bab ke satu bab yang lain. Bahasa yang digunakan pun mudah, senang difahami.Pembacaan yang sangat disyorkan untuk pembaca 'beginner' yang baru mula berjinak jinak dalam genre sebegini!

  • Asri Yussof
    2019-05-29 19:43

    Banyak belajar usul-fiqh.Dr. Maszlee membincangkan bagaimana agama seharusnya dihidupkan ruang demokrasi hari ini

  • Maisarah Mohd pauzi
    2019-06-06 17:47

    Buku yang mengupas aspek ketamadunan dan kesyumulan Islam yang patut dibaca!Penulis menekankan kepentingan untuk memahami Islam dalam method Maqasid Syariah dan juga keluasan Islam dalam isu2 masyarakat madani spt kesederhanaa, isu OKU, animal rights, pendidikan dan yang paling penting ialah isu akauntibiliti. Dan sememangnya, tema Rahmatan Lil Alamin dikupas dengan sangat jelas dalam buku ini. Bahasa yang mudah, dan kupasan yang ringkas tapi padat.Seperti review pembaca lain, buku ini sesuai dibaca sebagai beginner untuk memahami politik atau siyasah kerana sifatnya yang separa akademik.

  • Ryn Asri
    2019-06-08 19:45

    As a new beginner membaca buku non-fiction dan menyentuh political view dari sudut pandangan islamik, boleh saya katakan sangat cukup memuaskan hati saya. Setiap sudut pandangan dan kajian dari penulis sangat mudah difahami dan dihadamkan. Setiap baris perkataan juga dijelaskan dengan mudah, contohnya ayat bahasa arab yang digunakan disediakan maksudnya sekali supaya tak membuatkan penulis tertanya-tanya.Orkes Masyarakat Manusiawi juga cuba membawa pembaca untuk melihat islam yang bukan sekadar mengenai hukum hakam tetapi secara syumul. Dari segi politik, ekonomi, pendidikan dan semuanya. Islam sebagai rahmat sekalian alam. Buku ini juga dapat membuatkan pembaca mematahkan tanggapan bahawa Islam itu bukan agama yang rigid, terlalu mengongkong, terlalu keras untuk diikuti. Buku ini menidakkan semua tanggapan serong betapa kemas dan meliputinya islam, nikmatnya iman islam terus dari kelahiran kita. Selain itu juga, Fiqh Muwatanah yang pertama kali saya dengar juga bagi saya patut untuk diketahui dan diketengahkan supaya masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama dapat disepakati bersama. Paling menarik boleh saya katakan tentang buku ini, apabila penulis dapat memberi solusi dan hikmah dari apa berlaku dalam dunia sosio-politik. Berbeza dengan apa kita lihat di kaca televisyen. Dari sudut pandangan islam itu syumuliah dan sejarah itu patut dijadikan sandaran panduan buat kita umat terakhir. Bagi saya, buku ini sangat digalakkan untuk dijadikan permulaan rujukan dan permulaan untuk beginner yang ingin mengetahui duduk satu perkara sebenar berlaku di negara kita.

  • Nur Hafizzah
    2019-05-31 21:02

    Rasa macam ditumbuk-tumbuk terutamanya bab teguran kepada asatizah. Sesungguhnya berada di tanah Sarawak ini memang memberi banyak ilmu dan pengalaman. Dan jika hendak dibandingkan konsep satu Malaysia, di sini kau akan temuinya lebih membumi. Bacalah, terutamanya yang jarang bergaul hehe

  • Nurul Suhadah
    2019-05-31 20:43

    "Para pencinta Islam perlu mempelajari bahasa cinta, bahasa seni dan juga bahasa naluri. Melihat sesuatu dengan pandangan rahmat dan ihsan. Perlu belajar menghargai kehidupan dan juga ikatan kemanusiaan. Perlu menyelami kesenian hati dan jiwa nurani, berteraskan wahyu Ilahi dan petunjuk Nabawi".Buku ini membawa kita meneliti beberapa aspek penting kehidupan bertamadun dalam acuan madani dan kenegaraan. Dikupas dengan baik dengan bahasa mudah juga disertakan footnote rujukan buku-buku yang bermanfaat.Saya secara peribadi merasakan kupasan di separuh bahagian akhir lebih menarik berbanding kupasan awal. Malah, saya tak pasti adakah hanya buku saya sahaja atau memang ada pihak pencetak tersilap cetak dalam dua bab iaitu " Dimensi Madani Berkaitan Politik dan Islam" dan juga bawah bab "Akauntabiliti Dan Penglibatan Aktif Warga Di Dalam Kerangka Islam Madani" separuh daripada kandungan berulang sama sebijik seperti dalam bab sebelumnya. Tidak pasti adakah masalah teknikal atau memang disengajakan pengulangan.Bab paling menarik bagi saya adalah yang menyentuh tentang keperluan meluaskan horizon pemahaman tentang hadis, ruang moral dalam kehidupan madani dan juga berkenann dengan fiqh kewarnegaraan yang wajar di kaji dan diberikan pemahaman semula. Ekstrak daripada buku Dr Rashid Ghanoushi berkenaan analisis Sahifah Madinah juga sangat penting dan bermakna.Selain itu, saya juga amat tertarik dengan bab berkaitan "Abdul Rahman Al Kawakibi dan Buku Ummul Qura" yang menyebabkan saya tidak sabar mahu mencari dan menelaah buku Ummul Qura ini. Buku yang baik ialah yang membawa kita pula mencari buku lain yang lebih baik

  • Imran Mustafa
    2019-06-02 21:44

    Buku ini merupakan satu manifesto yang cuba membawa wacana alternatif di Malaysia. Idea-idea yang dibentangkan bukanlah terlalu asli, tetapi ditulis dalam bahasa santai yang mudah difahami. Cuma kerana ianya lebih berupa manifesto, maka butiran programnya kurang jelas, dan memerlukan perincian lanjut.Masalah utama dengan buku ini adalah suntingan, yang boleh diperbaiki dalam edisi terkemudian.

  • Hafizuddin
    2019-05-18 18:36

    Satu penulisan yang patut dihebahkan kepada masyarakat umum terutamanya kepada siswa dan siswi yang ingin membangunkan kematangan pemikiran. Idea idea yang diolah secara ringkas dan menggunakan bahasa yang mudah untuk semua lapisan masyarakat hanya mengalami masalah penyuntingan yang kurang kemas yang perlu diperbaiki pada edisi yang dikemaskinikan.

  • Hafiz D
    2019-06-06 17:55

    buku yang ringkas tetapi menyentuh isu isu yang sangat relevan di Malaysia, berserta gagasan gagasan yang pernah dan sedang diaplikasikan dalam konteks masyarakat islam. sesuai untuk pemula yang mahu memahami konsep konsep dalam pemerintahan Islam, serta salah faham yang sering berlaku.