Read Lemoi by Bungo Lale Online

lemoi

Ini catatan tergesa-gesa dalam media sosial seorang guru muda yang ditempatkan di perkampungan Orang Asli di pedalaman Cameron Highland sebelum generator milik Sekolah Kebangsaan Lemoi ditutup pada jam 11.59 malam. Kami ambil, kami cincang, kami olah kasi cantik - sehingga terkalam menjadi sebuah buku yang sedap dibaca.Bagaikan bunga lalang yang meliang-liuk menutupi padanIni catatan tergesa-gesa dalam media sosial seorang guru muda yang ditempatkan di perkampungan Orang Asli di pedalaman Cameron Highland sebelum generator milik Sekolah Kebangsaan Lemoi ditutup pada jam 11.59 malam. Kami ambil, kami cincang, kami olah kasi cantik - sehingga terkalam menjadi sebuah buku yang sedap dibaca.Bagaikan bunga lalang yang meliang-liuk menutupi padang, Bungo Lale merakam kehidupan 'serba-serbi tak ada' guru-guru dan masyarakat setempat ketika senggang. Lama dia di situ, sehingga cintanya mengakar dan menjadi pepohon pelangi tempat anak-anak murid Orang Asli tumpang berteduh.Ini kisah seorang cikgu yang cekal. Cekal serba-serbi. Serius!Buku yang kadang sedih kadang ketawa ini molek dibaca oleh murid yang bercita-cita ingin menjadi guru, bakal guru, guru, guru pencen dan budak-budak indie.Untuk buku ini - saya kasi beribu-ribu bintang!...

Title : Lemoi
Author :
Rating :
ISBN : 9789671331873
Format Type : Paperback
Number of Pages : 128 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Lemoi Reviews

  • Sharulnizam Mohamed Yusof
    2019-06-01 19:06

    Hari pertama ke PBAKL, saya sudah ternampak buku ini. Tidak dibeli.Kali kedua, sudah pegang-pegang, belek-belek.Seminggu kemudian, tanpa ragu dan tanpa banyak soal, buku ini sah menjadi milik saya.BerLemoi. Berbaloi!Saya teruja dengan kisah yang diceritakan oleh Bungo Lale. Seronok. Entah bagaimana saya mahu huraikan, tetapi ada perasaan cemburu saya kepada guru-guru ini. Kerana, saya pernah ada impian begitu. Mahu mendidik. Mahu bersama-sama membawa perubahan dan pembaikan. Membaca Lemoi mengingatkan saya kepada Wachaa The Adventure. Kedua-duanya perempuan yang gigih, cekal dan berani. Betul-betul salute. Mahu saja saya sarankan buku ini menjadi teks wajib dibaca oleh guru-guru (segelintir) yang asyik-asyik merungut (terutamanya di media sosial, dan mesyuarat PIBG) hal-hal bekerja lebih masa, anak murid yang spoiled, ibubapa yang tak membantu. Apa yang Bungo Lale dan sahabatnya lalui, jauh lebih besar. Dan hati mereka juga besar!Saya memberi 5 bintang kerana buku ini sangat mahal perkongsiannya. Tutup sebelah mata hal-hal susunan cerita dan kronologi. Saya rekomen!

  • ❀ Hana
    2019-05-26 17:54

    Setiap hal yang dilakukan dari hati akan sampai ke hati. Itu aku percaya.Aku mengenali Cikgu Hanisah sudah beberapa lama, meskipun hanya di alam maya. Mengikuti kisahnya di Lemoi dan ditemani wajah-wajah tulus anak-anak orang asli suku Semai sememangnya menjemput satu perasaan luar biasa. Jadi, apabila Lemoi tiba di tangan aku daripada penulisnya sendiri (terima kasih Pos Malaysia!), aku tanpa berlengah terus mula menghadam. Satu muka demi satu muka:Ada sesetengah kisah yang bikin air mata jantan aku bergenang;Ada yang buat aku tersengih sendiri dan; Ada yang menjadikan aku pause diam berfikir sejenak kemudian sambung baca. Himpunan anekdot di dalam Lemoi adalah kisah-kisah jujur malah sangat sederhana. Tidak ada kisah perempuan dianiaya kemudian diselamatkan lelaki yang nantinya menjadi suami. Tidak ada Tan Sri, Datuk dan Datin serta nama-nama watak yang mengembangkan bulu roma.Lemoi adalah koleksi kisah pengorbanan dan ketulusan dalam menggalas amanah di pundak. Lemoi adalah naratif kehidupan manusia kecil berjiwa besar yang begitu bersemangat meraikan hidup meskipun serba kekurangan. Liku-liku hidup pahlawan tak didendang: para guru SK Lemoi, disampaikan dengan penuh santai dan humor - mengingatkan aku pada seni menghargai hal-hal sepele: keupayaan untuk menertawakan diri sendiri, sesuatu yang tak mampu dilakukan oleh semua orang.Akhir sekali:Lemoi ditulis dari hati. Ini aku percaya.

  • Shafaza Zara
    2019-06-05 16:52

    Mengikuti perjalanan Bungo Lale sebagai seorang guru dan catatannya di IG, kadangkala penuh dengan pelbagai warna dan cerita.Anak-anak di Pos Lemoi bertuah punya guru-guru yang sanggup buat apa sahaja demi pendidikan mereka, dan aku percaya guru-guru di situ juga bertuah dikurniakan peluang untuk belajar dan mengajar di situ. Dengan segala yang dikongsikan oleh Bungo Lale, segala cabaran yang aku hadapi, bekerja sebagai seorang guru, bukanlah apa-apa sangat. Kalau anda seorang yang suka membaca kisah perjalanan hidup seseorang, dan mencari bahan bacaan lain, mengisi masa lapang dan mengingatkan diri sendiri, tiada pekerjaan yang mudah dalam hidup ini, dapatkan buku ini.This is Lemoi.

  • Ira Nadhirah
    2019-06-15 22:10

    Masa lepas SPM dulu mak aku cadangkan aku untuk jadi cikgu (sebab arwah atok cikgu dan adik-beradik dia ramai cikgu). Tapi masa zaman lepas SPM aku masih lagi seorang anti sosial dan cakap tak banyak. Inikan pula nak mengajar anak orang. Tapi bila dah mula bekerja sekarang ni, bila dah kena deal hari-hari dengan orang dewasa (yang mostly bermasalah, suka marah-marah, suka rush things, underestimate jangan cakap lah) rasa menyesal ada juga sebab tak bersungguh-sungguh nak jadi cikgu. Lagi-lagi bila tengok pula kawan-kawan ada yang jadi cikgu berkongsi gambar-gambar dengan anak-anak murid dan tambahan pula lagi adik bongsu ambil kursus perguruan bertambah lah rasa macam kalau lah.... Itu lah dia, masa interview maktab dulu masa group discussion empat orang (tiga orang yang lain semua 10A SPM dan aku tidak 10A) penemuduga sampai tanya aku 'do u have anything to say?'. Aku rilek je jawab 'Nothing actually'. Kemain sombong kau kan.Lepas habis baca buku ni aku asyik terbayang apa lah Sharbina (Sharbina ke nama budak pandai yang tak dapat pergi sekolah menengah tu?) buat sekarang ni rumah. Sedih dan sebak.

  • Khairul Muhammad
    2019-05-30 17:07

    Ada banyak keseronokan dalam naskah Lemoi, tulisan Bungo Lale. Sangka saya Lemoi ini mungkin di pedalaman Sabah atau Sarawak, rupanya di Pahang! Ha ha. Indah sungguh Cikgu Bungo Lale bercerita. Naskah ini naskah jujur. Semua guru elok baca, pelajar pun. Orang biasa juga. Ah semua oranglah. Kisah guru mengajar, duduk, tidur, hidup suka dan duka di sekolah orang asli nun jauh di pedalaman. Kisah anak-anak orang asal, kisah keluarga, kisah pelajaran dan jerit perih guru-guru yang kemudiannya disatukan di dalam buku ini. Yang bisa buat kau ketawa. Juga buat kau sedih sampai berlinang air mata. Best. Lima bintang. Lemoi, Tulisan Bungo Lale Terbitan Studio Anai-anai.

  • Muhamad Fahmi
    2019-06-03 17:54

    Buku yang paling comel yang saya baca tahun ini. (2016)Guru itu ibarat lilin yang membakar, Bungo Lale dan rakan-rakan seperjuangannya kira saya telah 'membakar' diri mereka untuk kemajuan pendidikan anak-anak orang asli di perkampungan bernama Lemoi, Cameron Highlands.Membaca buku ini, terbit kerencaman rasa; boleh jadi anda senyum sehingga ke telinga membayangkan kecomelan dan kecerdikan anak-anak yang suci, kisah yang meruntun jiwa tentang kehidupan daif orang asli serta kagum dengan semangat para guru yang tanpa mengenal penat lelah mengajar erti kehidupan dan memberi pendidikan kepada mereka (anak-anak orang asli). Buku yang membuatkan pembaca terasa dekat dengan kehidupan di sana (Lemoi).

  • Farhain Ismail
    2019-06-12 17:11

    Buku Lemoi ni adalah cerita pengalaman seorang guru mengajar anak orang asli di pedalaman, SK Lemoi. Lokasi Lemoi ni adalah di pedalaman Cameron Highland. Bayangkanlah, ciri geografi bukit tinggi. Untuk sampai ke Lemoi, kenderaan yang boleh di gunakan ialah motosikal. Cikgu-cikgu lelaki menunggang scrambler dan cikgu-cikgu perempuan menunggang EX5.Buku Lemoi ni telah diterbitkan pada tahun lepas, 2016. Buku ni juga mengubah sisi sudut pandang tentang betapa seronoknya mengajar di sekolah pedalaman kampung orang asli. Penulis buku ini cikgu Hanisah. Beliau mula mengajar di SK Lemoi sejak tahun 2010. Dengan arus peredaran zaman dan teknologi, korang boleh update dan follow cerita beliau di instagram, @bungolaleAku pun baru tahu, orang asli ada dua nama atau lebih. 1 nama dalam kad pengenalan atau nama yang digelarkan di sekolah. 1 nama asli yang menjadi nama panggilan mereka. Contohnya, Mustafa atau Bah Gok. Kalau lelaki ada Bah kat depan. Untuk yang perempuan, mesti ada Wak di depan namanya. Contohnya, Emadora dipanggil Wak Ded. Ada je yang nama sama dalam surat beranak atau nama panggilan.Bacalah buku ni, best!

  • Mat Jack
    2019-05-22 19:10

    Selalunya, buku yang menarik perhatian pertama aku ialah tajuknya. Kemudian aku akan lihat nama penulisnya. Kemudian aku cari nama penerbitnya. Kemudian aku baca blurb. Apabila kesemuanya sudah aku baca, aku akan membuat keputusan: beli atau tidak beli.Buku Lemoi ini, Sinaganaga sendiri yang hulurkan kepada aku, waktu PBAKL 2016 tempoh hari. Aku tengok tajuk: "Lemoi". Seumur hidup, aku tak pernah dengar dan tahu perkataan "Lemoi". Aku tengok nama penulis: Bungo Lale. Seumur hidup, aku tak pernah tahu wujudnya seorang penulis yang bernama begini. Bila aku baca blurb, aku tahu yang "Lemoi" ialah kisah cikgu. Tapi cikgu yang bagaimana? Entah .... Tapi bila Studio Anai-Anai yang jadi tukang terbit, aku tahu buku ini mesti diberi perhatian. Jadi, aku pun beli dan aku baca."Lemoi" ialah cerita runcit-runcitan tentang seorang cikgu perempuan yang mengajar di kawasan pedalaman. Dia mengajar anak-anak orang Asli. Segala selut, lumpur, hujan, generator yang akan dimatikan pada jam 11.49 malam, lampu telefon genggam, plastik sampah yang menjadi baju hujan, dikejar anjing, rentas desa, debar menanti keputusan UPSR, jamuan, dan sebagainya ada diceritakan oleh Bungo Lale. Bagi sesiapa yang belum pernah merasai kehidupan orang Asli suku Temuan di Cameron Highland ini, "Lemoi" bolehlah dibaca untuk mengetahui serba sedikit tentang kehidupan mereka."Lemoi" tidak hanya mengandungi teks tulisan semata-mata. Beberapa gambar menarik ada juga disertakan. Gambar-gambar yang disertakan ini memberi nilai tambah kepada "Lemoi". Ada gambar berwarna, ada gambar hitam putih sahaja. Kenapa ada hitam putih, sedangkan pada masa yang sama ada juga gambar berwarna? Kenapa tidak dibuat gambar berwarna kesemuanya? Huh, aku rasa, Studio Anai-Anai dalam proses penjimatan belanjawan tahunan. Studio Anai-Anai bukannya sekaya Dubook atau Fixi yang saban tahun untung juta-juta, khabarnyalah."Lemoi" ini dalam genre apa? Bagi aku, "Lemoi" bukan berada bawah kategori memoir ataupun autobiografi. Cerpen atau novel pun bukan. Genre puisi jauh sama sekali. Aku berpandangan "Lemoi" ini lebih kepada himpunan anekdot. Bungo Lale menulis dan menghimpunkan pengalamannya dalam "Lemoi".Dalam "Lemoi", Bungo Lale bercerita tentang keperitan, kepayahan, kesusahan, cabaran dan sebagainya sepanjang dia menjadi guru dan tinggal di Lemoi. Apakah keperitan, kepayahan, kesusahan, cabaran yang dialami Bungo Lale merupakan betul-betul suatu keperitan, kepayahan, kesusahan dan cabaran? Entahlah. Bagi aku yang pernah juga menjadi guru dan dihantar ke Borneo, semua bentuk cabaran yang dialami oleh Bungo Lale aku dapat bagi 5 daripada skala 10. Sekurang-kurangnya Bungo Lale masih ada kedai runcit untuk membeli megi dan nasi ayam. Tapi ada kawan-kawan aku yang mengajar di Borneo mesti menanam segala jenis sayur dan menternak ayam itik untuk dijadikan bekalan makanan. Cikgu-cikgu di Lemoi masih lagi dapat mandi air paip. Tapi ada kawan-kawan aku yang mengajar di Borneo harus menadah air hujan yang bercucur dari hujung atap zink. Bungo Lale dan kawan-kawannya masih lagi boleh menunggang kapcai untuk ulang-alik. Tapi ada kawan-kawan aku yang terpaksa menaiki bot laju menyusur sungai sambil di kiri dan kanan dan depan dan belakang ada sang bedal yang berlagak seperti polis trafik pengiring yang mengiringi vip!"Lemoi" sesuai sangat dibaca mana-mana cikgu yang akan memgajar di kawasan pedalaman. Buku ini bolehlah menjadi "for dummies" kepada bakal cikgu (atau yang bercita-cita menjadi cikgu), atau DIY kepada cikgu-cikgu yang akan dan sedang berada di kawasan pedalaman.Daripada 5 bintang, gua potong 0.5 bintang menjadi (4.5bintang) sebab kesalahan bahasa, 0.5 bintang lagi (menjadi 4 bintang) sebab segala cabaran yang dihadapi oleh Bungo Lale tidak begitu mencabar pada gua, potong 1 bintang lagi (menjadi 3) kerana teknik naratif yang Bungo Lale pakai yang bagi gua masih kental dengan teknik naratif konvensional. Tiada apa-apa yang baru. Jadi, secara keseluruhannya, "Lemoi" dapat 3 bintang daripada gua.Kepada Cikgu Hanisa aka Bungo Lale, teruskan menulis, jangan berhenti!

  • Badrulhadza
    2019-06-03 18:13

    Buku ini jiwanya besar...

  • Akmal A.
    2019-06-11 23:12

    Sungguhpun tergesa-gesa seperti yang diberitahu di bahagian blurb, bagi aku buku ini berjaya memenangi sesiapa yang membacanya. Pertama kali aku mengenali Bungo Lale adalah melalui Instagram(@bungolale) hujung tahun 2012 kalau tak silap aku, kerana gambarnya unik mengenai kisah-kisah murid di SK Lemoi. Sudah 4 tahun masa berlalu, Bungo Lale keluar buku pulak tanpa fikir panjang beli je. Mesti sedap! Ternyata memang begitu malah bercampur baur emosi kelakar dan kadang kala sedih ketika membacanya. Penulisan yang ringkas dan senang untuk pembaca menghayati perkara-perkara yang dilalui penulis.Tema pendidikan yang berlaku di kawasan pedalaman memang menarik minat aku sejak aku tengok cerita Laskar Pelangi dan The Teacher's Diary. Ianya bukan saja bagi aku sekadar memberitahu dunia luar tentang bagaimanakah prosesnya pengajaran dan pembelajaran itu berlaku, malah ianya menceritakan tentang keazaman murid-murid tersebut untuk meneruskan pengajian demi mencapai cita-cita murni walaupun hidup serba kekurangan dan bukanlah seperti kanak-kanak di kawasan bandar. Lebih-lebih lagi mak aku merupakan seorang guru dan bercerita pada aku 35 tahun lepas, posting pertamanya adalah di kawasan Orang Asli di Jelebu dimana mak aku mengatakan itu merupakan antara pengalaman yang terindah dalam kariernya. Murid-murid mak aku seperti yang diceritakan, sering memberinya hadiah seperti Ubi Kayu dan sayur tanaman keluarga mereka sebagai menghargai jasa guru yang sanggup mengajar di kawasan pedalaman. Hal sebegini memang tidak pernah diajar buat kami yang membesar di kawasan bandar, dan cuma setahun sekali sahaja kami memberi hadiah kepada guru kami itupun pada hari setiap 16 Mei (Hari Guru).Membaca kisah Bungo Lale seolah-olah aku mendengar semula cerita mak aku tetapi dalam versi yang sedikit moden. Kalau di zaman mak aku dulu sumber air adalah dari telaga tapi keadaan sudah berubah mungkin sedikit senang namun, anak-anak orang Asli masih tidak jauh beza terutamanya dari segi mengajarnya kerana kanak-kanak ini lebih suka berkejar-kejaran di sekolah berbanding duduk statik mendengar syarahan guru di hadapan. Hahaha. Tapi itulah, tidak semua orang mampu menahan dan melayan karenah anak-anak ini, aku yakin mereka yang mampu ini sangat hebat dan tabah. Mereka dalam bahasa penjajah boleh kita bagi seorang yang sangat AWESOME!

  • Norziati
    2019-05-30 19:06

    Kisah benarvseorang guru yang ditempatkan di sebuah sekolah di perkampungan orang asli dalam sebuah pos di Cameron Highlands. Cerita bergerak dari awal ketika dia mula-mula sampai, diikuti perjalanan sebagai seorang guru mengajar anak-anak orang asli dan menguruskan kehidupan mereka di asrama. Beliau merupakan antara dua orang guru perempuan pertama yang ditempat di situ memandangkan wujudnya asrama yang turut menempatkan pelajar perempuan. Namun tugasnya bukan sekadar seorang guru, dia seolah-olah menjadi 'kakak' kepada murid-murid, turut sama mandi sungai dan menjalani kehidupan yang lebih rapat dengan keluarga mereka. Namun cabaran hidup dalam kawasan yang kurang kemudahan cukup mencabar. Motor menjadi pengangkutan utama, itu pun kadang-kadang tidak boleh keluar kerana jalan yang teruk oleh hujan. Bila anak-anak muridnya menyertai aktiviti di sekolah lain, mereka perlu mengambil masa dua hari untuk sampai ke destinasi, kerana untuk keluar dari perkampungan pun mengambil masa kerana ketiadaan kenderaan. Biasanya mereka akan dibawa dengan motor, tetapi jika ramai, mereka akan berjalan bersama-sama meredah hutan. Indah sekali kehidupannya di kawasan luar bandar tetapi apakah kita sanggup berhadapan dengan dugaan seperi itu jika berada si tempatnya?

  • Akalili Amin
    2019-05-29 20:51

    Seusai saja saya membaca buku ini, hanya satu perkataan yang dapat saya simpulkan. Indah!Ya, indah. Keseluruhan buku ini adalah indah. Jalan ceritanya, kisah penceritaan, latar tempat, watak dan perwatakan semuanya indah.Tabik kepada semua guru-guru yang sanggup meninggalkan kesenangan dan ahli keluarga untuk terus berbakti di pendalaman. Ternyata, tanpa naskah buku ini, saya tak akan pernah dapat gambarkan bagaimana hidup anak-anak di pendalaman. Syabas!Buku ini ternyata amat sesuai untuk semua bakal guru, para guru mahupun anak-anak muda yang mahu mencari apa erti hidup. Tahniah Cikgu Hanisah!

  • Siti Salha
    2019-05-25 19:52

    Sebuah buku yang ringan, boleh dibaca sambil makan cempedak goreng. Saya perasan akan kewujudan buku ini selepas mengikuti penulis di instagram @bungolale. Sangat bagus untuk dibaca kepada guru-guru, bakal guru dan bukan guru.Buku ini adalah hasil daripada tulisan-tulisan jujur seorang guru yang mengajar murid-murid di pedalaman iaitu anak orang asli. Sebut saja orang asli terus terbayang hutan, lumpur, tiada elektrik, rumah buluh. Saya tak pernah membaca dan mendengar pun pengalaman seperti ini. Jadi, membacanya membuatkan saya ternganga seketika.4/5 bintang sebab ada beberapa perenggan yang tidak ditulis dengan baik.

  • Amyz
    2019-05-28 21:02

    Walaupun Lemoi merupakan catatan tergesa-gesa, tapi keindahannya tiada bandingan. Tak tahu kenapa, mungkin hati seorang emak anak tiga ni, murah betul airmata. Kenaifan, kenakalan. Anak-anak yang masih putih dididik oleh cikgu bungo lale penuh kasih sayang. Betapa cikgu yang sanggup berpayahan demi mendidik anak-anak muridnya. Terlalu banyak tulisan yang mengundang air mata. Jua tawa. Manisnya pengalaman. Lebih berharga dari segumpal emas. Tahniah cikgu. Saya doakan cikgu berjaya mendidik anak-anak kami semua menjadi orang berjaya.

  • Rose
    2019-05-17 17:08

    Apabila membaca Lemoi, terkenang pengalaman ketika bercuti dan berpeluang ke SK Long Luping, Lawas, Sarawak.. Di mana cabaran untuk sampai ke sana harus melalui jalan merah atau jalan balak dan berbukit.. Memang sangat cuak.. Lemoi.. Apa yang boleh dikatakan, buku ini memang "best" dan kita berpeluang mengetahui kisah suka dan duka seorang guru yang sanggup mendidik anak-anak orang asli dengan baik sekali..

  • Hani
    2019-06-09 23:06

    Suka amat pengalaman Cikgu Hanisah dan kawan-kawannya di Pos Lemoi. Pasti tidak semua individu mampu sabar untuk berada di dalam segala kekurangan sebegini. Namun, untuk guru-guru SK Lemoi, Cameron Highlands ini, setiap kekurangan adalah kelebihan yang mereka amat syukuri.Syor amat dibaca semua baik guru mahupun mereka yang pernah ada guru. Selamat maju jaya untuk Cikgu Hanisah dan rakan-rakan :)

  • Nazrul Noorzan
    2019-06-09 16:05

    Tulisannya jujur, punya jiwa dan beri kesan kepada saya. Mengajar anak-anak orang asli di kawasan pedalaman bukanlah tugas yang mudah. Namun dengan semangat dan demi cita-cita mendidik anak bangsa, yang susah menjadi indah.

  • Oi Rijal
    2019-06-10 20:59

    Kisah yang menggagumkan tentang suka duka golongan pendidik menghadapai cabaran dan suasana pendidikan sekolah orang asli di Lemoi, pedalaman Cameron Highland. Syabas untuk guru-guru yang berkhidmat di pedalaman. Anda semua adalah wira yang tidak didendangkan.

  • Rafi Harumin
    2019-05-24 18:16

    Sebenarnya saya sentiasa berbangga dengan karya ini kerana kami digandingkan bersama dalam sesi bertemu pembaca di PBAKL yang dilangsungkan di MAEPS tahun 2016. Saya dengan buku Travelog Seputar Kubikel orang kaunter dan Bunge Lale dengan buku inilah. Fakta, bukunya popular dan saya kalah. Haha!Apapun ya, Lemoi layak untuk mendapat perhatian lebih. Kisah ini membuka mata kita tentang ehidupan di ceruk sana yang tiada lain tentang mereka sekadar menjadi bahan ketawa masyarakat. Padahala ada banyak kisah lain yang lebih menarik intuk diikuti.Teruskan berkarya, Bungo lale!

  • nhafizah
    2019-05-18 20:20

    Ini catatan seorang cikgu di SK Lemoi. Salute juga dengan cikgu ni, sebab ada kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak disana dengan keadaan disana yang kurang serba serbi. FuhhhTiba-tiba nak jadi cikgu pula.

  • Azura Chan
    2019-05-28 22:53

    Buku ini menggambarkan hati yang merentas peristiwa-peristiwa dan pengalaman yang sangat berharga.

  • Ahmad Nizamuddin
    2019-05-24 15:59

    mencabar, gembira, menginspirasikan... tahniah cikgu!

  • Azizah
    2019-05-28 21:16

    Karya seorang cikgu berjiwa besar. Tiada apa yang boleh KakChik ulas kerana membaca Lemoi sahaja penuh dengan rasa & kagum. Kagum dengan semangat cikgu-cikgu. Malah lebih tinggi kagum pada anak-anak Lemoi. Mereka berjuang dalam keadaan tiada apa-apa tapi mereka bahagia dengan apa yang tiada. Buku kecil ini sewajarnya dibaca oleh cikgu-cikgu, anak-anak malah mak pak yang kadang kala hilang nilai perikemanusian dalam demanding mereka kerana terlalu mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Dan tidak tersangka, Cameron Highlands yang terkenal itu menyimpan kisah sedih/perit masyarakatnya. GRC: 5/15